Back to Recipe Print

Recipe for "Mee Udang Sedap"


Tips

Jika suka kuah pekat, tambahkan keledek.

Ingredients

Mee Kuning 1 kg
Daun Bawang 2 tangkai hiris halus
Cili Merah 1 biji (hiris halus)
Tauhu 3 keping (goreng & potong)
Telur Rebus 3 biji (dibelah)
Limau Nipis 3 biji (dibelah)
Bawang Goreng Secukupnya
Bahan Kuah
Bawang Merah 4 biji (dikisar)
Bawang Putih 8ulas (dikisar)
Halia 1 inch (dikisar)
Serai 3 batang (dikisar)
Udang Kering 200g (dikisar)
Cili Kisar 2 sudu besar
Keledek 2 kg (direbus & dilenyek)
Kentang 1/2kg (direbus & dilenyek)
Telur 2 biji
Perencah Sup Tulang Secukupnya
Paste Tomyam 1 kiub
Garam Gula Secukup rasa
Udang Galah 10 ekor

Instructions

1

Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.

2

Bila terbit minyak masukkan cili kisar, kacau, biarkan kering sedikit.

3

Masukkan keledek dan kentang yang dilenyek, kacau lagi sehingga sebati.

4

Tambahkan sedikit air jika kuah agak pekat.

5

Masukkan telur,pase tomyam, perencah sup tulang, garam dan gula kacau hingga sebati.

6

Biarkan Kuah mendidih, selepas tu baru masukkan udang. Masak udang sehingga sempurna.

7

Hidangkan bersama mee dan bahan2 yang dimakan bersama.