Back to Recipe Print

Recipe for "Tomyam Campur"


Tips

Jika mahu, boleh tambahkan sedikit sos ikan, mengikut apa yang orangkemboja ajar pada saya, cuma saya kurang suka sos ikan tersebut. Sekian

Ingredients

Air Tapis 3 liter
Ayam Potong 2 ketul
Serai Ketuk 4 btg
Lengkuas Ketuk 1 inch
Halia Ketuk 2 inch
Bawang Putih Ketuk 3 ulas
Sotong 1 cawan
Udang 1 cawan
Paste Tomyam Adabi 1 botol
Daun Limau Purut 6 helai
Cili Api 10 biji
Limau Nipis Perah 2 biji
Asam Jawa 1/2 cup
Tomato 1 biji
Bawang Besar Hiris 1 biji
Carrot 1 batang
Bunga Kubis 1/2 biji
Saleri 3 batang
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa

Instructions

1

Masukkan air ke dalam periuk dan buka api

2

Masukkan serai, halia, bawang putih, lengkuas dan daun limau purut, biar mendidih

3

Kemudian masukkan paste tomyam, perahan limau nipis, air asam jawa dan juga kesemua sayur

4

Akhir sekali masukkan ayam, udang dan sotong.

5

Perasakan dengan garam dan gula. Boleh tambah sedikit perasa jika mahu. Selamat mencuba