Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Sos Lemon"


Tips

Sebenarnya lebih sedap jika mengunakan isi ayam bahagian dada kerana tekstur yang lebih ranggup dan berjus pabila digoreng

Ingredients

Ayam (Saya Pakai Bahagian Kepak) 2 ketul
Telur Gred A 1 biji
Lada Sulah Sedikit
Tepung Jagung 3 sudu besar
3 Sudu Besar 1 biji
Minyak Masak 1 sudu besar
Sos Lemon
Sos Tomato 3 sudu besar
Sos Cili 1 sudu besar
Lemon - Diperah Ambil Airnya 1 biji
Pati Jus Lemon 1 sudu besar
Gula 1 sudu besar
Garam Secukup rasa
Air 1/4 cawan

Instructions

1

Pukul telur hingga kembang. Masukkan lada sulah.

2

Gaulkan ayam bersama telur tadi dan perapkan selama 10 minit.

3

Kemudian,salutkan ayam dengan tepung jagung. Balik balikkan ayam supaya tepung jagung meliputi seluruh bahagian ayam.

4

Goreng ayam hingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan toskan.

5

Masukkan semua bahan untuk sos di dalam bekas. Kacau. Ketepikan.

6

Panaskan kuali dan masukkan minyak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga kekuningan.

7

Masukkan bahan sos, sedikit air, hirisan lemon dan garam gula secukup rasa. Masukkan ayam dan gaul rata

8

Tutup api dan sedia untuk dihidang