Back to Recipe Print

Recipe for "Cheesekut"


Tips

Cheesekut ini simpan lagi lama lagi sedap.

Ingredients

Biskut Deluxe Crackers 1 paket
Fresh Milk Sedikit
Susu Pekat Manis 1/2 tin
Cream Cheese 250gm
Strawberi Dihiris Nipis ( Sebagai Hiasan) Secukupnya

Instructions

1

Pukul creamcheese guna mixer sehingga kembang. Kalau takde mixer, guna blender pun boleh.

2

Masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Tuang sikit-sikit. Rasa dulu, kalau kurang manis baru tambah lagi. Pukul lagi.

3

Tambah fresh milk sikit demi sikit. Jangan terlalu cair

4

Ambil biskut dan celup dalam fresh milk. Celup tu sekejap sahaja dan terus susun dalam bekas.

5

Lapiskan dengan bancuhan creamcheese tadi

6

Lapis lagi biskut2 yang dah dicelup atasnya. Tekan sampai padat dan ulang sehingga habis

7

Lapisan atas sekali haruskan creamcheese. Taburkan buah strawberi atau serbuk koko atau apa sahaja anda suka

8

Simpan dalam peti ais. Biar semalaman bagi dia keras supaya senang nak potong.