Back to Recipe Print

Recipe for "Puding Roti Marble"


Tips

Sekiranya menggunakan serbuk koko, hendaklah dibancuh terlebih dahulu sebelum dicampurkan ke dalam adunan.
1 sudu besar serbuk koko = 3 sudu besar air panas untuk dijadikan pes.

Ingredients

Agar-Agar Tali/serbuk Agar-Agar 10g
Gula Pasir 5-6 sudu besar (ikut suka)
Air 1700 ml
Roti Putih 4-5 keping
Susu Sejat 200 ml
Susu Pekat Manis 5-6 sudu besar
Telur 2 biji
Mentega/marjerin 2 sudu besar (dicairkan)
Emulco Coklat/serbuk Koko 1 sudu besar

Instructions

1

Panaskan kuali, masukkan agar-agar, air 1500ml dan gula. Masak sehingga larut dan mendidih

2

Kisarkan roti, susu sejat, susu pekat manis, air 200ml dan telur.

3

Setelah larutan agar-agar mendidih, masukkan adunan yang telah dikisar tadi.

4

Masukkan mentega. Tunggu sehingga mendidih, kemudian tutupkan api.

5

Bahagikan adunan kepada dua bahagian. 1 bahagian dimasukkan pewarna coklat. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.

6

Masukkan adunan secara berselang-seli sehingga habis.

7

Masukkan ke dalam peti sejuk 7-8 jam atau semalaman.

8

Sedia untuk dihidangkan.