Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Tiga Rasa"


Tips

sesuai untuk semua jenis gorengan seperti ikan goreng, ayam, atau puyuh goreng.

Ingredients

Cili Kering (Yang Telah Direbus Dan Dikisar) 4 sudu
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 4 ulas
Tomato (Potong Dadu) 1 biji
Bawang Besar (Potong Dadu) 1 biji
Daun Limau Purut 5 helai
Serai 1 tangkai
Limau Kasturi 5 biji

Instructions

1

Tumiskan bawang merah, bawang putih yang telah diblend. tumis sehingga naik bau dan garing.

2

Selepas itu, masukkan cili kering yang diblend (4 sudu) ikut lah kalau nak pedas boleh tambah lagi. tumis sehinnga cili itu masak dan garing.

3

Tambahkan sedikit air. (sedikit sahaja) separuh cawan . dan biarkan mereneh

4

Selepas 3-5 minit masukkan perahan limau kasturi dan masukkan sekali daun limau purut dan serai.

5

Tambahkan gula pasir 2atau3 sudu dan garam secukup rasa

6

Tambahkan bawang besar dan tomato yang telah dipotong dadu. dan tambahkan sedikit air. dan biarkan sehingga pekat