Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Coklat Bakar"


Tips

Gunakan telur saiz A. Suhu oven berbeza mengikut jenis. Kenali oven anda dan gunakan suhu yang biasa anda gunakan sekiranya tidak yakin.

Ingredients

Butter 125g
Telur(Asing Putih Dan Kuning) 3 biji
Gula Halus 1 1/4 cawan
Essen Vanilla 1 sudu teh
Air 1/3 cawan
Susu Cair 3/4 cawan
Serbuk Koko 2/3 cawan
Tepung Naik Sendiri 3/4 cawan
Tepung Gandum 3/4 cawan

Instructions

1

Panaskan oven pada suhu 160'C. Putar butter,essen vanilla dan gula sehingga kembang. Masukkan kuning telur dan putar lagi.

2

Masukkan tepung gandum,tepung naik sendiri,serbuk koko,susu cair dan air. Putar sehingga sebati.

3

Di dalam bekas berasingan putar putih telur sehingga berbuih. Masukkan kedalam adunan kek dan putar sehingga sebati.

4

Masukkan kedalam loyang dan bakar pada suhu 160'C selama sejam atau sehingga masak.

5

Siap untuk dihias bersama coklat ganche atau buttercream.