Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Seri Muka"


Tips

Sukatan beras pulut, menggunakan measuring cup, pada paras senggat bawah, bukan penuh. Sekadar mengurangkan 50ml.

Ingredients

Bahan Bawah
Beras Pulut* 2 cawan
Santan Pekat 75ml
Air 225 ml
Garam 1 sudu teh
Bahan Atas
Telur 2 biji
Santan Pekat 125ml
Air 75ml
Tepung Gandum 4 sudu besar
Gula ¾ cawan
Garam ½ sudu teh
Perisa Pandan 1 sudu teh
Pewarna Hijau* 1/8 sudu teh

Instructions

1

Alat pengukus disediakan terlebih dahulu, pastikan air mendidih.

2

Pindahkan ke loyang dan kukuslah selama kurang lebih 20 minit, dibuka dan kacau sedikit bagi memastikan pulut dan santan sebati.

3

Sambung mengukus dalam 10 minit.

4

Setelah siap kukus, menggunakan belakang senduk nasi dan plastic, tekan mampatkan pulut ke dalam loyang supaya padat, ketepikan.

5

Bahagian atas boleh disediakan semasa menunggu pulut dikukus.

6

Di dalam pengisar, masukkan kesemua bahan kedalam pengisar dan kisar sebati dalam kurang lebih seminit.

7

Setelah itu tuang adunan ke atas Bahagian bawah dan kukuslah selama 45 minit.

8

Kuih Seri Muka disejukkan dulu sebelum dipotong untuk dihidangkan.