Back to Recipe Print

Recipe for "Daging Masak Kicap Dengan Limau Purut"


Tips

Rebus dulu daging untuk mendapatkan daging yang lembut.

Ingredients

Daging (Dihiris Nipis) 200g
Bawang Kuning Sebiji
Bawang Putih 2 ulas
Bawang Merah 2 biji
Halia 1/2 inci
Daun Limau Purut 4 helai
Kicap Manis 5 sudu besar
Sos Cili 2 sudu besar
Sos Tomato 2 sudu besar
Air 80ml
Garam Secukup rasa
Minyak Masak 3 sudu besar

Instructions

1

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih,bawang merah dan halia sehingga naik bau.

2

Masukkan daging dan gaul sehingga daging masak.(Sekiranya menggunakan daging yang telah direbus, boleh pergi ke langkah seterusnya)

3

Masukkan kicap,sos cili,sos tomato,air dan daun limau purut. Masukkan garam dan gaul sebati.

4

Biarkan seketika sehingga kuah sedikit pekat dan matikan api.

5

Siap untuk dihidangkan.