Bawang Besar (Dipotong Dadu) | 1 labu |
Roti Dipotong 4 Setiap Keping. Tak Perlu Buang Kulit. | 4 keping |
Garam | Secukup rasa |
Tepung Kacang Kuda | 1 cawan |
Serunding Daging | 3 - 4 sudu besar |
Cili Kisar (Cili Kering) | 1 sudu besa |
Bawang Putih Kisar. | 1/2 sudu kecil |
Air | Secukupnya |
Roti dipotong 4, masukkan ke dalam talam, tak perlu gris dengan minyak atau mentega. Susun je bersepah dan bertindan.
Kemudian masukkan ke dalam pengukus.kukus selama 10 minit. Pastikan penutup tudung pengukus telah dibalut dgn kain,airnya telah mendidih.
Masukkan semua bahan tadi ke dalam mangkuk, dan sebatikan. Air tu agak-agak sahaja
Jangan pekat.jangan terlampau cair. Garam tu tak perlu ikut betul2 rasa secukupnya. Takut bila dah goreng terlebih masin.
Apabila roti dah siap dikukus, celup roti ke dalam tepung kacang kuda tadi dua2 belah. Kemudian goreng sehingga merah / keperangan.