Back to Recipe Print

Recipe for "Tart Oreo Coklat"


Tips

-Selain kiwi, boleh juga gunakan strawberry, buah naga atau buah2 yang lembut.
-Coklat yang digunakan brand beryl's, brand lain pun boleh.
-Boleh juga guna whipping cream selain dari susu.

Ingredients

Biskut Oreo 46 keping
Butter Cair 1/2 cawan
Milk Chocolate 200g
Dark Chocolate 100g
Susu Segar(Plain) 200ml
Kiwi 1 biji
Kepingan Badam 1/3 cawan
Tart Pant 5 x 14 inch

Instructions

1

Masukkan 46keping biskut oreo yang dibuang krim ke dalam mesin pengisar, dan kisar hancur.

2

Setelah itu masukkan butter cair ke dalam mesin kisar bersama oreo yang telah dikisar dan putar hingga sebati.

3

Kemudian oreo+butter tadi dimasukkan ke dalam tart pan dan diratakan dan ditekan hingga mampat menggunakan spatula.

4

Cairkan milk chocolate dan dark chocolate menggunakan kaedah double boiler dan masukkan susu kacau sehingga cair.

5

Coklat yang sudah cair dituangkan ke atas oreo yang telah dimampatkan sebentar tadi.

6

Potong buah kiwi yang telah dibuang kulit kepada tiga bahagian dan setiap satu bahagian dikerat empat. Hias di atas coklat tadi.

7

Tabur kan kepingan badam di atas coklat dan disejukkan hingga keras di dalam peti sejuk selama 2jam atau semalaman. (badam disangai terlebih dahulu)

8

Selepas 2 jam atau semalaman boleh dikeluarkan dan dipotong kepada 11 slice. Siap untuk dihidangkan