Back to Recipe Print

Recipe for "Puteri Mandi"


Tips

Saya menggunakan daun pandan yang dikisar untuk mengekal rasa keasliannya.

Ingredients

Inti Kelapa
Kelapa Muda 1 biji
Gula Melaka 3 keping
Gula Pasir 1 cawan
Daun Pandan Sehelai
Air Untuk larutkan
Adunan Hijau
Tepung Pulut 6 cwn
Garam 1 tsp
Air Pandan Secukupnya
Pewarna Secukupnya
Kapur Makan 1/2 sdt

Instructions

1

Untuk masak inti kelapa: cairkan gula melaka bersama air , daun pandan dan gula pasir. Apabila gula melaka sudah larut, masukkan kelapa.

2

Masak sehingga kelapa hampir kering.

3

Untuk adunan hijau, masukkan kesemua bahan iaitu tepung pulut, air daun pandan, garam, sedikt kapur dan pewarna hijau. Uli sehingga sebati.

4

Kemudian bulatkan kecil kecil dan tekan di bahgian tengah agak menjadi leper.

5

Kemudian rebus didalam air yang mengandungi daun pandan. Apabila masak adunan akan timbul. Angkat dan toskan.

6

Gaul didalam bekas bersama inti kelapa tadi.