Back to Recipe Print

Recipe for "Agar-Agar Kering"


Tips

1. Jangan potong terlalu kecil sebab agar-agar mengecut selepas kering.

2. Jemur agar-agar perlukan kesabaran . Paling bagus jemur dalam 4 hari-7 hari dibawah terik panas.

3. Sesekali balik2kan agar2 supaya kering sekata.

Ingredients

Agar-Agar 33gm
Gula Batu 150gm
Gula Pasir 1.2kg
Air Secukupnya
Pewarna Oren, Merah & Hijau Secukupnya

Instructions

1

Rendam agar-agar selama 4 jam. Toskan

2

Sukat agar-agar dengan mangkuk. jika agar-agar semangkuk, pastikan airnya dua mangkuk

3

Jerang agar-agar,air, gula batu dan gula pasir. Kacau sekali-sekala hingga tinggal separuh.

4

Bahagikan tiga dan warnakan secara berasingan. Tuang ke dalam loyang dan biar keras.

5

Potong agar-agar mengikut suka. Lapik dulang dengan kain jarang dan susun potongan agar-agar di atasnya. Jemur di bawah matahari.

6

Balik-balikkan agar-agar supaya rata keringkan dan tidak melekat. Bila agar-agar mulai bersaka ( kristal gula yang keputih-putihan) , boleh diangkat.

7

Simpan di dalam bekas kedap udara.