Back to Recipe Print

Recipe for "Sherperd's Pie"


Tips

1. Kalau tak cukup bahan seperti tiada parmessan cheese dan garlic powder untuk kentang lenyek, boleh sahaja lenyekkan kentang dengan melted butter sahaja.

2. Kalau tak ada cheddar cheese untuk tabur atas pie, boleh sapu kan melted butter, jadi kentang akan kelihatan perang sedikit bila dibakar.

3. Nak tukar sos bolognese ke carbonara pun boleh. Tak ada masalah. Ikut cita rasa sendiri

Ingredients

Kentang 5 biji
Melted Butter 3 sudu besar
Susu Segar 3/4 cawan
Parmessan Cheese 3 sudu besar
Serbuk Garlic 1 sudu kecil
Cheddar Chesse 5 sudu besar
Inti Sherperd's Pie
Daging Cincang 400 gram
Butter 2 sudu besar
Bawang Besar (Didadu) 1 biji
Bawang Putih (Dicincang) 3 ulas
Carrot (Didadu) 1 biji
Sos Spagetthi Bolognese 5 sudu besar
Garam Secubit
Serbuk Lada Hitam Secubit

Instructions

1

Kupas kulit kentang dan rebus sehingga empuk selama 10 - 15 minit. Buang air rebusan dan lenyek kentang.

2

Cair kan butter dan masukkan ke dalam kentang lenyek bersama susu segar, parmessan cheese dan serbuk garlic dan gaul rata.

3

Ratakan kentang lenyek di sekeliling loyang aluminium seperti pie biasa iaitu di permuakaan rata loyang dan juga dinding loyang.

4

Masukkan inti daging, dan ratakan kentang lenyek di atas inti daging.

5

Sesudah permukaan sherperd's pie tertutup, taburkan cheddar cheese. Bakar selama 15 minit.

Inti Sherperd's Pie

1

Cairkan butter dan masukkan bawang dan carrot untuk digoreng sehingga layu.

2

Masukkan daging cincang dan sos spagetthi bolognese. Masak sehingga pekat. Taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam.