Back to Recipe Print

Recipe for "Pulut Durian"


Tips

Pastikan menggunakan cawan yang sama menyukat pulut untuk sukat air ketika hendak masak pulut.

Ingredients

Beras Pulut 1 cawan
Air 1 cawan
Kelapa Parut 1 biji
Air Suam 2 cawan
Garam Secubit
Durian 2 biji
Gula 3 sudu

Instructions

1

Beras pulut dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian ditanak dalam rice cooker dengan secawan air.

2

Kelapa parut dimasukkan ke dalam blender, dan masukkan 2 cawan air suam, blend seketika. Setelah itu ditapis dan diambil santannya.

3

Taburkan garam ke dalam santan supaya santan lebih berlemak. Ketepikan.

4

Durian dikupas dan dihidang di dalam pinggan. Ketepikan.

5

Selepas pulut masak boleh dihidangkan. Dimakan bersama santan, durian dan ditaburkan sedikit gula.