Back to Recipe Print

Recipe for "Tortilla Wrap Ayam Crispy"


Tips

1. Boleh pakai sos blackpaper sebagai tambahan.

2. Pakai tortilla brand Mission.

Ingredients

Ayam Bahagian Dada 1/2 keping
Chili Flakes 1 sb
Cajun 1 sk
Serbuk Cukup Rasa 1/2 sk
Telur (Dipukul) 1 biji
Tepung Goreng Ayam Berempah 1/2 cawan
Minyak Masak 1 cawan
Cornflakes (Diramas) 1/2 cawan
Roti Tortilla 1 keping
Coral Salad 2 kelopak
Mayonis 2 1/2 sk
Cili Sos 3 sk

Instructions

1

Dada ayam dipotong memanjang kepada 3 bahagian dan dicuci bersih.

2

Perapkan ayam bersama chili flakes, cajun dan serbuk cukup rasa 15 minit.

3

Selepas 15 minit, panas kan minyak dalam kuali.

4

Celupkan ayam yang telah diperap ke dalam, kemudian gaulkan ke dalam tepung dan cornflakes yang telah disatukan. Gaulkan sehingga ayam diselaputi.

5

Kemudian goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga garing kekuning-kuningan.

6

Ayam yang telah digoreng dipotong kecil untuk dijadikan inti tortilla.

7

Roti tortilla dipanaskan lebih kurang 2minit di atas non stick pan.

8

Sesudah itu hias tortilla dengan coral salad, susun ayam yang telah digoreng dan diperasakan dengan mayonis dan sos. Gulungkan dan siap untuk dimakan.