Back to Recipe Print

Recipe for "Sayur Sawi Goreng Belacan"


Tips

Sayur hendaklah dimasukkan pada waktu akhir sekali dan jangan biarkan terlalu lama masak kerana ingin mengekalkan khasiat zat yang ada pada sayur sawi.

Ingredients

Sayur Sawi 1 ikat (dipotong sederhana)
Bawang Merah 2 ulas (ditumbuk)
Bawang Putih 4 ulas (dihiris)
Cili Padi 4 biji (ditumbuk)
Belacan 1/2 inci (dibakar)
Cili Merah 2 biji (hiasan)
Sos Tiram 1/2 sudu kecik
Minyak Masak Sedikit
Air Kosong 1/2 cawan

Instructions

1

Tumbukkan bawang merah,cili padi dan belacan. Jika anda suka masakan pedas anda boleh tambahkan lagi cili padi mengikut kuantiti anda inginkan.

2

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih bersama bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau.

3

Setelah itu masukan sos tiram,garam secukupnya dan sedikit air gaul hingga sebati.tambahkan sedikit pati ikan bilis sebagai perisa

4

Bila masakan sudah sebati masukkan pula batang sawi hingga empuk dulu dan barulah masukan sayur sawi hingga empuk.

5

Akhir sekali taburkan pula cili merah supaya kelihatan menarik dan selera dimakan dan siap dihidangkan