Back to Recipe Print

Recipe for "Soon Du Bu Jiggae"


Tips

1. Jika sukar mencari kelp, boleh juga gantikan dengan stok ikan bilis yang ditambah pati ikan bilis.

2. Serbuk cili korea juga boleh digantikan dengan serbuk cili biasa namun, rasa nya berubah sedikit kerana lebih pedas.

3. Kena pandai agak-agak. Stew ini juga boleh ditambah daging lembu atau ayam.

Ingredients

Dried Anchovies 12 buah
Dried Kelp Sedikit
Bawang Bombay 1/2 labu
Seafood (Lala, Sotong, Udang) 1 cawan
Bawang Putih 2 ulas
Cendawan Shittake Kering 3 biji
Daun Bawang , Potong-Potong 2 batang
Cili Merah 1 batang
Serbuk Cili Korea 2-4 sudu besar
Air 6 cawan
Sos Ikan Secukupnya
Tauhu Lembut 1 tiub
Telur 1-2 biji

Instructions

1

Untuk membuat stok, masukkan ikan bilis yang sudah dibersihkan, bawang Bombay, bawang putih, cendawan shitake dan kelp ke dalam periuk berisi air

2

Rebus hingga mendidih lebih kurang 15 minit

3

Tapis stok tadi untuk mendapatkan stok yang jernih. Cendawan shitake pula dihiris nipis

4

Panaskan periuk lain dan masukkan sedikit minyak masak. Tumiskan cendawan shitake.

5

Masukkan serbuk cili korea, dan gaul sebati.

6

Tambah lebih kurang 2 cawan stok tadi. Kacau dan biarkan.

7

Masukkan seafood ke dalam periuk. Tambahkan sos ikan dan gaul lagi.

8

Masukkan tauhu lembut, aduk perlahan supaya tidak pecah. Tambahkan cili merah dan daun bawang

9

Masukkan telur. Biarkan sehingga masak dan kuah mendidih. Tutup api dan hidangkan segera.