Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Ayam Homemade"


Tips

Berhati-hati menabur garam, asalkan ada rasa dah okey sebab semua bahan dah ada garam

Ingredients

Ayam
Ayam 1 ekor potong kecil
Bawang Putih 1 labu
Halia 2 inci
Kicap 2 sudu
Sos Tiram 1 sudu
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Air 1 jug
Nasi
Beras 4 cawan
Bawang Besar 1 biji
Bawah Putih 5 ulas
Halia 1 inci
Air Kukusan Ayam 4 cawan
Serbuk Kunyit 1 sudu
Garam 1 sudu kecil
Daun Sup 3 tangkai
Kuah Cili
Cili Kisar 2 sudu
Cili Merah 2 tangkai
Cili Padi 5 biji
Bawang Putih 3 ulas ditumbuk
Gula 5 sudu
Air Perahan Limau Nipis 2 sudu
Air 2 cawan
Kuah Kicap
Air Kukusan Ayam 2 cawan
Sos Tiram 2 sudu
Kicap 5 sudu
Sup
Air Kukusan Ayam Lebihan
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 3 ulas
Garam 1 sudu
Daun Sup 3 tangkai

Instructions

Cara masak ayam

1

Bersihkan ayam.

2

Kisar bawang putih dan halia. Kemudian perapkan dengan ayam selama 1 jam

3

Kukus ayam yg telah diperap selama 20 minit++.

4

Setelah ayam masak, keluarkan dari periuk kukus dan rehatkan .

5

Perapkan ayam dengan kicap, sos tiram, garam dan gula untuk seketika.

6

Kemudian goreng dan sedia untuk dimakan

Cara masak nasi

1

Basuh beras dan tuskan. Hiris bawang besar, bawang putih dan halia.

2

Tumiskan atas dapur dengan sedikit minyak dan bahan hiris sampai naik bau.

3

Masukkan serbuk kunyit, garam, beras dan air kukusan ayam. Gaul sehingga sebati dan masak menggunakan rice cooker seperti biasa.

4

Hidangkan dan hias dengan hirisan daun sup untuk menaikkan bau...

Cara masak kuah cili

1

Untuk kuah cili, kisar semua bahan kecuali bawang putih sahaja ditumbuk.

2

Kemudian masak semua bahan hingga berbuih dan perasakan dengan garam dan gula.

3

Akhir sekali perahkan limau.

Cara masak kuah kicap

1

Untuk kuah kicap, reneh semua bahan sampai pekat sedikit dan siap

Cara masak sup

1

Kuah sup pula, masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih.

2

Didihkan seketika dan hias dengan daun sup