Back to Recipe Print

Recipe for "Laksa Penang"


Tips

Boleh ganti dengan ikan sardin untuk kuah nya

Ingredients

Ikan Kembung ( Direbus Dan Ambil Isi) 2kg
Bawang Besar 2 biji
Bawang Rose 15 biji
Belacan 2 inch
Cili Giling 2 senduk
Asam Keping 10 keping
Bunga Kantan (Belah 4) 2 kuntum
Daun Kesum 1 ikat
Garam Secukupnya
Mee Laksa Secukupnya
Bahan Hiasan
Telur (Belah 2) Secukupnya
Bawang Besar (Dihiris) Secukupnya
Daun Salad (Dihiris) Secukupnya
Nenas (Dihiris) Secukupnya
Timun (Dihiris) Secukupnya
Cili Padi (Dihiris) Secukupnya
Daun Pudina (Dihiris) Secukupnya

Instructions

1

Untuk memasak mee, rebus mee didalam air yang mendidih hingga lembut. Cuci dan toskan.

2

Rebus ikan dan air rebusan disimpan untuk dibuat kuah. Bahagian kepala ikan dan tulang diblend dan ditapis airnya.

3

Masukkan bawang yang dikisar bersama belacan dan cili kisar ke dalam air rebusan ikan. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.

4

Masukkan isi ikan yang dikisar halus, yang dikisar kasar dan juga isi ikan yang dicarik carik sahaja.

5

Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan kepekatannya.

6

Boleh dihidangkan dengan meletak laksa di dalam pinggan, tuangkan kuah laksa ke atasnya. Taburkan bahan bahan dan sayuran yang dihiris.