Back to Recipe Print

Recipe for "Spaghetti Bolognese Bebola Daging"


Tips

1. Untuk mengelakkan spaghetti melekat semasa merebus, letak sedikit minyak.


2. Sesiapa yang suka cheese boleh makan dengan cheese juga.

3. Saya tak letak daun basil/oregano tapi saya gantikan dengan cili api. Resipi orang Melayulah katakan. Nak pedas. ^_^

Ingredients

Spaghetti 200gm
Bawang Besar Sebiji dan dipotong dadu
Bawang Merah Sebiji (yang kecil)
Bawang Putih 2 ulas (cincang halus)
Tomato Puree Anggaran dalam 7 sudu
Bebola Daging 10-15 biji
Cendawan Butang 5 biji
Sosej Dua batang dan dipotong secara menyerong
Cili Api Dua biji
Tomato Sebiji dan potong dadu
Garam Secukup rasa
Gula Ikut keperluan

Instructions

1

Rebus spaghetti sehingga masak lebih kurang 15minit hingga ke 20minit.

2

Sementara menunggu spagetti masak siapkan bahan-bahan untuk membuat kuah.

3

Bebola dan sosej digoreng sedikit, lebih kurang 3 minit. Tidak perlu terlalu garing.

4

Potong bawang besar, cendawan butang dan tomato berbentuk dadu. Jangan terlalu besar dan terlalu kecil.

5

Untuk menumis, bawang merah dan bawang putih dicincang/ditumbuk. (asingkan)

6

Panaskan kuali, sedikit minyak dan mula menumis dengan bawang putih diikuti bawang merah dan cili api (resipi orang melayu, mesti nak ada cili. heee)

7

Masukkan tomato puree, tomato, bawang dan cendawan. Sekiranya pekat, masukkan sedikit air. Kacau sebati.

8

Masukkan sosej dan bebola daging. Tambah sedikit garam dan gula sekiranya perlu. Kacau sehingga masak.

9

Spaghetti boleh dihidangkan berasingan atau dicampur sekali dengan kuah. Boleh tambah cheese kepada yang menyukainya.