Back to Recipe Print

Recipe for "Kimchi"


Tips

1. Jika tiada serbuk cili korea, untuk gunakan serbuk cili biasa pastikan tidak terlalu banyak kerana rasa tidak sama.

2. Kimchi sudah siap apabila sudah terhasilnya bubble-bubble kecil.

3. Kimchi boleh simpan di peti sejuk dan difermentasi. Rasa kimchi mungkin berubah.

Ingredients

Sayur Kobis Panjang 700 gram- 1 kilogram
Garam Sedikit
Serbuk Cili 150 gram
Daun Bawang Segengam
Lobak Merah Setengah batang
Buah Pear 2 biji
Sos Ikan 50 ml
Bawang Putih 6 ulas
Halia 2 inci
Udang Geragau 1 sudu besar
Gula 1 sudu besar
Air 10 sudu besar
Tepung Beras 1 sudu besar

Instructions

1

Basuh sayur dan toskan. gaulkan dengan sedikit garam di setiap permukaan kobis

2

Biarkan selama 4 jam dan toskan airnya

3

Potong buah pear ,lobak merah daun bawang, bawang putih dan halia halus-halus

4

Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam bekas yang besar dan campurkan dengan sos ikan,serbuk cili dan udang geragau . Gaul rata

5

Sementara itu panaskan air dan satukan dengan tepung beras

6

Kacau rata dan apabila ianya sudah sejuk/ suam tuangkan ke dalam bekas besar tadi

7

Masukkan garam dan gula . Gaul sebati. ambil sedikit sos dan sapu ke setiap permukaan kobis. Gulung kubis dan sapu sedikit sos lagi

8

Seeloknya gunakan sarung tangan plastik

9

Masukkan kubis gulung tadi ke dalam bekas tertutup. Biarkan ianya selama 2 hari pada suhu normal sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk

10

Tekan kubis menggunakan sudu supaya air bubble keluar. Kimchi yang sudah siap difermentasi boleh disimpan ke dalam peti sejuk

11

Kimchi siap dimakan bersama nasi atau sup.