Back to Recipe Print

Recipe for "Roti Pita Berinti Bebola Daging"


Tips

Boleh tambah pelbagai sayuran di dalam roti pita contoh salad, kubis dan apa sahaja yang sesuai diletakkan.
Boleh juga gantikan dengan ayam atau fillet ikan.
Boleh juga tambah madu sesudah memasukkan inti di dalam roti pita. Jika tambah madu jangan gunakan sudu besi. ^_^

Ingredients

Roti Pita Sekeping
Bebola Daging 7 biji
Bawang Besar Sebiji dihiris
Tomato Kecil Tiga ke empat biji
Lobak Merah Sebiji
Mayonis 1 sudu besar
Sos Cili 1 sudu besar
Sos Spaghethi 1 sudu besar

Instructions

1

Panaskan semula roti pita. Sama ada membakar atau letak di kuali tanpa minyak. Roti ni mudah dicari di pasaraya-pasaraya berhampiran.

2

Sementara itu, potong bebola daging dan goreng sedikit.

3

Kemudian, hiris bawang besar, lobak merah disagat dan tomato dibelah dua.

4

Gaul semua bahan yang disediakan untuk memudahkan proses memasukkan ke dalam roti pita. Campur dengan sos cili, sos spaghetti dan mayonis.

5

Masukkan ke dalam roti pita yang telah dipotong dua.
Siap untuk dihidangkan