Back to Recipe Print

Recipe for "Kway Teow Sup Istimewa"


Tips

1. Untuk hidangan lebih menyelerakan, makan bersama sambal kicap.

2. Tambah juga daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Ingredients

Isi Ayam 100 gram
Ayam (Bahagian Kepak & Kaki) 2 kepak & 2 kaki ayam
Garam Secukup rasa
Cili 3 tangkai
Bawang Putih, Bawang Merah & Halia Seulas (untuk menumis)
Lobak Merah Sebiji (dipotong dadu)
Ubi Kentang Sebiji (dipotong dadu/serong)
Telur Sebiji
Sawi 2-3 tangkai
Bebola Daging 5 biji
Tomato Kecil Tiga biji
Rempah Sup 1 sudu
Bunga Lawang, Buah Pelaga & Kulit Kayu Manis Satu untuk setiap satu (kecil sahaja)
Air Secukupnya untuk melembutkan ayam

Instructions

1

Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis diikuti dengan bawang putih, merah dan halia.

2

Masukkan rempah sup. Kacau sehingga garing. Setelah garing masukkan air sedikit supaya rempah kelihatan kembang.

3

Kemudian masukkan kaki & kepak ayam. kacau dan biar sehingga sebati. Biarkan selama 2 minit supaya ayam dapat menyerap rempah-rempah yang ditumis.

4

Masukkan air secukupnya dan masukkan ayam (bahagian isi). Sup dah melegak masukkan ubi kentang dan lobak merah.

5

Tunggu sehingga selesai masak, basuh bersih kway teow dan apabila sup sudah siap dimasak, ambil kuah masukkan ke dalam kuali.

6

Masukkan sayur sawi dan bebola daging. Tunggu sehinggga bebola masak (tidak terlalu lama, dalam 3-4 minit sahaja)

7

Masukkan kway teow. Jangan tunggu lama nanti kway teow mengembang. Masukkan bahan-bahan yang ada di dalam sup (ayam, ubi kentang, lobak merah)

8

Pecahkan telur untuk menjadikannya lebih istimewa. Masak dengan api yang sederhana dan jangan sampai telur masak sepenuhnya.

9

Sedia untuk dihidangkan, jangan lupa letakkan tomato yang sudah kita potong tadi. Selamat mencuba ^_^