Back to Recipe Print

Recipe for "Kimcheese Toast"


Tips

Resepi asal menggunakan 3 jenis keju iaitu keju cheddar, mozzarella dan American cheese. Dan tentu lebih banyak cheese lebih lazat toast ini. Tapi terpulang pada anda ingin menggunakan keju apa. Kimchi jangan ditumis terlalu lama bagi mengelakkan ianya terlalu kering, kita hanya inginkan tekstur kimchi yang ranggup

Ingredients

Kimchi 1/4 cawan
Keju Cheddar 2 keping
Butter Sedikit
Roti Putih / Wholemeal 2 keping

Instructions

1

Kimchi dipotong kecil-kecil. Tumis kimchi dengan sedkit minyak hingga kimchi sedikit mengering.

2

Sapu butter pada setiap permukaan roti. Grillkan kedua-dua belah roti hingga agak garing.

3

Angkat roti. Letakkan keju atas kedua roti tadi dan tambahkan pula kimchi tadi.

4

Lekapkan kedua-dua roti dan grillkan lagi sehingga keju tadi cair.

5

Letakkan pinggan ke atas roti sebagai penambah berat dan supaya roti nipis sedikit

6

Setelah keju cair, angkat roti dan potong dua. Hidangkan dengan segera.