Back to Recipe Print

Recipe for "Rainbow Cookies"


Tips

Untuk hasil yang cantik, Gunakan dulang khas untuk biskut ini. Jaga jangan sampai keperangan dan hangus.

Ingredients

Butter 250g
Gula Kastor 175g
Telur Putih 100ml
Tepung Gandum 200g
Tepung Jagung 50g
Emplex Secubit
Pewarna 6 jenis

Instructions

1

Griskan loyang dengan sedikit butter
Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.

2

Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim.
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.

3

Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahaagian.Letakkan pewarna untuk setiap bahagian.

4

Letak setitik kecil sahaja kerana warna akan memekat pada biskut yg telah masak.

5

Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan.
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil.

6

Paipkan atas loyang lidah kucing.
Jangan paipkan terlampau penuh kerana aduna akan mengembang bila dibakar.

7

Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit.
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.