Back to Recipe Print

Recipe for "Roti Jala"


Tips

- boleh guna serbuk kunyit untuk menggantikan pewarna kuning
-susu cair boleh digantikan dengan susu segar atau santan
-enak dimakan bersama kuah kari atau kuzi
-disarankan guna non-stick pan untuk elak adunan melekat di pan

Ingredients

Tepung Gandum 3 cawan
Air 3 cawan
Susu Cair (Krimer Sejat) 1/2 cawan
Pewarna Kuning 1 sudu teh
Marjerin (Dicairkan) 1 sudu besar
Garam 1 sudu teh

Instructions

1

Blend semua bahan- bahan di atas sehingga sebati.

2

Tuang bahan yang telah diblend sebati tadi ke dalam bekas acuan.

3

Guna api perlahan semasa menjala. biarkan beberapa saat di atas kuali.

4

Boleh terus diangkat bila nampak hampir kering. tak perlu dibalik.

5

Roti jala yang siap dimasak boleh digulung atau dilipat segi tiga ikut citarasa masing-masing.