Back to Recipe Print

Recipe for "Fudgy Brownies With Hazelnut"


Tips

1. Kalau guna bahan yang premium (mahal), brownies akan jd lebih sedap.

2. Hiasan boleh mengikut selera masing-masing. Boleh guna coklat chip, almond, white choclate. Be creative ya!

3. Semasa menuang tepung ke dalam bahan B & C, digalakkan dilakukan dengan cepat kerana adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses meratakan tepung.

4. Lagi kedut brownies, lagi win!

Selamat mencuba!

Ingredients

Bahan A
Butter 250 gm
Coklat Masakan 400 gm
Bahan B
Tepung Gandum 90 gm
Serbuk Koko 50 gm
Bahan C
Telur- Saiz A 5 biji
Esen Vanilla 1 sudu
Emulco Coklat 1 sudu besar
Gula Perang 290 gm
Hiasan
Hazelnut 100 g

Instructions

1

Cairkan bahan A menggunakan kaedah double boiler/dimasukkan ke dalam microwave. Anggaran dalam 10 minit. Kacau rata. Ketepikan dan sejukkan sebentar.

2

Ayak bahan B dan campurkan. Ketepikan.

3

Dalam bekas lain, masukkan bahan C Pukul menggunakan whisk hingga gula larut.

4

Tuangkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan C tadi. Kacau rata.

5

Kemudian, dengan segera masukkan adunan bahan B ke dalam campuran bahan A dan C tadi. Kacau adunan dengan spatula guna kaedah kaup balik dengan cepat.

6

Panaskan oven pada suhu 160' c / ikut oven masing-masing. Sediakan loyang 9 x 12 inch. Alas dasar loyang dengan kertas minyak.

7

Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan kacang hazelnut di atasnya. Bakar selama 45 minit/ hingga masak.

8

Setelah masak, keluarkan brownies selama 10 minit. Kemudian, potong kepada kepingan kecil.