Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Batik Tanpa Telur"


Tips

Ambil satu tupperware dan sehelai plastik. Gunting plastik dan alaskan tupperware. Pastikan ada lebihan plastik pada bahagian tepi tupperware yang boleh menutupi keseluruhan tupperware itu nanti.

Katalah nak hidangkan sebuku kek ni atas pinggan. Jangan risau, tarik je plastik tu keluar. Plastik yang kita gunakan untuk alaskan tupperware tadi tu akan membantu kita keluarkan kek batik ni dengan mudah. Yang lagi best, tupperware tu tadi langsung tak kan ada kesan kotor. 2 in 1 kan?

Ingredients

Biskut Marie 450g
Butter 3tbsp
Susu Cair 1 tin
Susu Pekat 1 tin
Cocoa Powder 1/2 cawan
Air Panas 1/2 cawan
Nestum 1 cawan
Nescafé 1 tbsp
Hiasan ( Jika Suka)
Nestum Secukupnya
Mix Nuts Secukupnya

Instructions

1

Patah-patahkan biskut mengikut saiz yang disukai. Ambil satu kuali besar. Cairkan butter. Masukkan susu pekat dan tunggu mendidih.

2

Campurkan cocoa powder dan Nescafé supaya tak berketul nanti. Masukkan campuran cocoa tadi. Setelah mendidih, masukkan nestum. Ratakan adunan ni.

3

Masukkan pula biskut marie. Kacau adunan sehingga sebati. Kalau anda suka rasa biskut marie yang agak crunchy, jangan kacau lama-lama sangat.

4

Angkat adunan dan masukkan ke dalam tupperware yang telah kita sediakan tadi. Tekan-tekankan ia supaya mampat.

5

AWAS - aduan ni memang panas ya, pakailah sarung tangan atau sudu. Langkah ni memang kena buat semasa adunan masih panas.

6

Untuk sedikit hiasan, taburkanlah serbuk nestum dan kekacang diatas kek tadi. Bila kek dah sejuk, masukkan dalam peti ais.

7

Selepas 1-2 jam, bolehlah keluarkan kek dari peti ais.