Back to Recipe Print

Recipe for "Sushi Bujang"


Tips

Gunakan beras wangi (contoh beras sunwhite) kerana kandungan kanji beras wangi lebih dari beras biasa dan nasi lebih sedap.

Ingredients

Beras 2 cawan
Telur 2 butir
Crabstick 10 batang
Timun Jepun 1 batang
Sosej Ayam 5 batang
Cuka Masakan 4 sudu besar
Garam 1 sudu kecil
Gula 2 sudu besar
Mayonis 1 sudu besar
Seaweed 10 keping

Instructions

1

Tanak nasi seperti biasa dan melebihkan air secawan supaya nasi lebih melekit.

2

Sebatikan bahan perasa (cuka, gula dan garam di dalam cawan)

3

Setelah nasi masak, gaulkan nasi dengan bahan perasa.

4

Celur sosej, crabstick dan potong memanjang. Perasakan telur dengan garam dan sesudu gula dan goreng dadar. Hiris memanjang. telur dan timun jepun.

5

Letakkan nasi di permukaan seaweed. Pastikan ada ruang kosong (anggaran 1 inci) dikedua-dua hujung seaweed. Sapukan mayonis dipermukaan nasi.

6

Susun telur, timun jepun, crabstick dan sosej dibahagian hujung nasi dan gulung menggunakan bamboo mat.

7

Potong gulungan sushi (anggaran 1 inci).

8

Hidangkan sushi dengan kicap cair atau wasabi.