Back to Recipe Print

Recipe for "Lempeng Pisang Santan"


Tips

Hilangkan hanyir telur dengan membuang lendir telur seperti tali yg berwarna putih.

Ingredients

Tepung Gandum 1 1/2 cawan
Gula 1/2 cawan (ikut citarasa masing-masing)
Garam 1 sudu kecil
Serbuk Santan 3 sudu besar
Air 1 cawan
Pisang Emas 6 biji
Telur Gred A 1 biji
Minyak Masak (Minyak Jagung) 3 sudu besar

Instructions

1

Lenyekkan pisang sehingga hancur.

2

Masukkan tepung gandum,gula,garam dan kacau sebati.

3

Kemudian bancuh 3 sudu serbuk santan bersama-sama dengan 1 cawan air dan tuangkan ke dalam adunan pisang.

4

Kacau sebati, dan masukkan telur dan minyak masak.Sebatikan sehingga tidak berketul. Kemudian panaskan kuali non stick.

5

Sapukan sedikit minyak pada kuali non stick tisu & tuangkan 1 senduk adunan.Setiap kali selepas angkat lempeng,sy lapkan pan dengan tisu yg berminyak.

6

Apabila agak pekat / naik seperti gelembung udara balikkan sebelah lagi. Masak sehingga kemerahan dan angkat.

7

Sedia dihidang.