Back to Recipe Print

Recipe for "Mini Pavlova"


Tips

1. Selepas bunyi 'ting' dan tanda pavlova sudah pun masak,tutup suiz,dan buka pintu oven sedikit dan biarkan pavlova di dalam selama 30 minit.

2. Pastikan pavlova betul-betul kering baru dikeluarkan

Ingredients

Putih Telur Sahaja 4 biji
Gula Castor 1/2 cawan
Esen Vanilla 1 sudu kecil
Tepung Jagung 1/2 sudu besar
Cuka Putih 1 sudu kecil
Krim Putar Untuk Hiasan 1 cawan (dipukul tanpa gula)
Strawberry Untuk Hiasan 3 biji (dipotong kecil )

Instructions

1

Pastikan kesemua alatan bersih dan kering tanpa minyak,air dan segala kekotoran.

2

Masukkan putih telur yang telah diasingkan,pukul sehingga sedikit berbuih.

3

Masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil dipukul sehinga kelihatan sedikit berkilat dan meringue bertanduk apabila ianya diangkat.

4

Ambil sedikit meringue dan rasa dengan cara menggesel di hujung jari.sekiranya gula sudah larut bolehlah ke step yang seterusnya.

5

Masukkan esen vanilla,cuka dan tepung jagung.kali ini tidak perlu di pukul,kaup balikkan menggunakan spatula sehingga sebati.

6

Sediakan tray dan ambil sedikit meringue utk dijadikan sebagai gam kepada kertas
minyak.
Panaskan oven pada suhu 150'c.

7

Ambil 1 senduk meringue dan bulatkannya.sapu rata kemaskan sapuan. Bakar pada suhu 150'c selama 35 minit atau sehingga masak.

8

Tutup suiz dan buka sedikit pintu oven dan biarkan pablova di dalamnya selama 30 minit.
Sementara itu bolehlah mula memukul krim putar.

9

Setelah pavlova kering,sapu krim putar dan letakkan beberapa strawberry sebagai hiasan.dan boleh juga letak coklat mengikut kesukaan anda.