Back to Recipe Print

Recipe for "Coq Peria"


Tips

1. Elok dibentuk kecil supaya mudah dimakan

2. Boleh dibentukkan bentuk lain mengikut kreativiti

Ingredients

Bahan Inti Kelapa
Kelapa Parut Putih Sahaja 1 biji
Gula Merah 400g
Gula Putih Ikut manis yang suka
Air Secukupnya
Daun Pandan 1 helai
Garam Sedikit
Tepung Gandum Sedikit
Bahan Doh Hijau
Tepung Pulut 1/2 bungkus
Tepung Gandum 2 sdb
Garam Sedikit
Air Kapur Sirih/makan 1 sdb
Daun Pandan 3 helai
Air Suam Secukupnya
Pewarna Hijau Epal Secukupnya
Bahan Lain
Daun Pisang Untuk Lapik Secukupnya
Plastik Putih 1keping

Instructions

1

Panaskan air dalam periuk kukus

Cara masak inti

1

Didihkan air bersama gula merah dan gula putih sehingga larut

2

Tapis kedalam periuk lain,masukkan daun pandan dan kelapa parut tadi

3

Sentiasa kacau supaya tidak berkerak. Tambah sikit garam untuk naikkan lemak inti

4

Akhir sekali,masukkan sikit tepung gandum untuk pekatkan inti dan supaya inti tidak kering. Sejukkan sebelum diguna

Cara membuat doh hijau

1

Blender daun pandan dengan sedikit air,tapis patinya

2

Campurkan tepung gandum dan tepung pulut bersama sikit garam.

3

Tuangkan air kapur,air pati pandan kedalam campuran tepung tadi

4

Tambah air suam sikit demi sedikit hingga menjadi doh

5

Leperkan doh dan masukkan inti secukupnya. tutup doh dan oles dengan sikit minyak

6

Letakkan doh tadi diatas plastik yang telah diranyuk untuk dapatkan garis2 corak..pintalkan doh diatas plastik tadi.

7

Susun diatas daun pisang yang dipotong kecil supaya kuih tidak melekat di kukusan
*sapu sikit minyak didaun pisang

8

Buat hingga habis, kukus 15-25 minit mengikut saiz kuih. jika kuih besar,tambahkan masa mengukus

9

Anginkan kuih yang telah dimasak supaya permukaan kuih sedikit kering untuk elakkan melekat antara satu sama lain