Back to Recipe Print

Recipe for "Paratha Wrap"


Tips

1) Untuk inti, jika ada ayam kfc/ayam kari/ayam goreng kunyit dan sebagainya yang tidak habis makan, hanya perisikan sahaja untuk digantikan inti. Disarankan untuk digoreng semula kerana paratha wrap ini mesti dengan inti kering.

2) Inti ayam dan sayur-sayuran yang digunakan boleh diolah mengikut citarasa masing-masing.

3) Resepi ini menggunakan sandwich spread kerana ia mudah dan sedap. Segala bahan dan perisa telah sedia di dalamnya. Jika ingin diolah, boleh gunakan salad dressing, mayonis dicampur dengan thousand island sauce dan sebagainya.

Ingredients

Roti Paratha 5 keping
Daun Salad Beberapa helai
Tomato Cherry 10 biji
Sandwich Spread 1 botol
Bahan-Bahan Untuk Perapan Ayam
Bahagian Ayam Tanpa Tulang Dipotong Dadu Besar 1/2 sudu
Lada Putih 1/2 sudu
Lada Hitam 1/2 sudu
Italian Herbs 1/2 sudu
Kicap Pekat 1/2 sudu
Mayonis 1 sudu

Instructions

1

Goreng roti paratha tanpa minyak. Disarankan menggunakan kuali jenis non-stick.

2

Perap ayam dengan lada hitam, lada putih, italian herbs, kicap pekat dan mayonis. Kemudian goreng tanpa minyak sehingga ayam kering.

3

Sediakan roti prata yang telah siap digoreng. Kemudian sapu sandwich spread dipermukaan roti prata.

4

Susun daun salad, bawang besar dipotong dadu, inti ayam dan tomato cherry di atas roti prata.

5

Kemudian, picitkan sandwich spread atas inti dan gulung mengikut cara masing-masing. Persembahkan mengikut kreativiti dan citarasa sendiri.