Back to Recipe Print

Recipe for "Soto Bonda"


Tips

Reneh Sup dengan api yang sederhana dan agak lama. Semakin lama direbus semakin sedappp

Ingredients

Sup Soto
Perencah Sup Bunjut Adabi 2 packet
Ayam Sebelah tanpa dipotong
Air 5 liter (agak2 sukatan)
Bawang Merah 6 ulas
Bawang Putih 6 ulas
Lengkuas 1 inci
Halia 3inci
Ketumbar Disangai Dan Dikisar Halus 2 sudu keil
Begedil Ayam
Daging Ayam Cincang Satu Paket Ramly
Kentang 6biji
Bawang Merah,bawang Putih, Halia Dikisar
Lada Sulah Setengah Sudu Kecil
Telur 2 biji

Instructions

1

Ayam yang telah siap dibasuh direbus di periuk lain selama setengah Jam dengan api sederhana. Jangan letak apa apa bahan dahulu. Hanya Ayam dan air.

2

SUP AYAM
Bukak Bunjut Perencah Sup Adabi.
Blenderkan Halus kesemua bahan yang ada di dalam sup bunjut.

3

Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Lengkuas, Dikisar sehingga halus.

4

Tumiskan bahan kisaran bawang sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan pula bahan kisaran bunjut adabi tadi.

5

Selepas sudah naik bau dan bahan serasi. Masukkan Air rebusan ayam yang telah direneh selama 1 jam dengan api yang sederhana.Masukkan Garam dan rasa kesesuaiannya. masak lagi sehingga ayam sedikit hancur. Siap.

Begedil Ayam

1

Kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur

2

Kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
gaul hingga semua bahan sebati

3

Kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng

Sambal kicap

1

1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula

Suhun Digoreng hingga menjadi rapuh. Sekejap sahaja sampai dia kembang. Goreng dengan Minyak yang banyak

Bahan Sampingan

1

Nasi impit
Ayam siat
Taugeh
Telur rebus
Kentang rebus@goreng
Begedil
Daun sup@daun bawang
Bawang goreng
Suun goreng & kacang tanah
Limau nipis