Back to Recipe Print

Recipe for "Easy Peasy Pizza"


Tips

Topping pizza boleh diubah mengikut citarasa. Jika anda gemarkan kerak yang nipis canaikan doh nipis sedikit. Gunakan keju mozzarella untuk memdapatkan pizza yang bertali dan lebih berkeju

Ingredients

A
Yis 2 1/8 sudu kecil
Air Suam 1 cawan
Gula 1 sudu besar
B
Tepung Gandum 3 cawan
Garam Sedikit
Minyak Zaitun 1 sudu besar
Topping
Keju Secukupnya
Sos Spageti Secukupnya
Cendawan Butang Secukupnya
Sosej -Dihiris Nipis 3 batang
Crabstick-Dihiris Nipis 5 batang
Mayonis Sedikit

Instructions

Penyediaan bahan A

1

Campurkan semua bahan. Kacau dan biar ia berbuih dalam masa 10 minit. Ini adalah untuk menaktifkan yis

Penyediaan Doh

1

Campurkan bahan B dalam mangkuk. Gaul rata. Masukkan bahan A tadi sikit demi sedikit dan uli sehingg doh menjadi lembut dan tidak lekat di tangan.

2

Uli lebih kurang 5 -10 minit. Masukkan dalam bekas yang telah disapu sedikit minyak. Kemudian, tutup bekas dengan plastik cling.

3

Rehatkan mangkuk yang berisi doh selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.

4

Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh kasi keluar angin. Selepas tu, bahagikan doh kepada 2 bahagian dan rehatkan lagi doh lebih kurang 20 minit

5

Minyakkan acuan pizza atau Loyang yang nak diguna. Canaikan mengikut adunan lebih kurang setebal 2 cm.

6

Masukkan doh dalam Loyang dan biarkan ia kembang sikit.

Penyediaan akhir

1

Cucuk-cucukkan adunan doh tadi dengan garfu supaya tak gelembung masa bakar.

2

Kemudian bolehlah sapu permukaan Doh dengan sos pizza yang dah dimasak tadi dan ditabur dengan keju

3

Tabur topping pizza dan keju sekali lagi untuk bagi rasanya lebih lazat lagi. Picitkan sedikit mayonis ke atasnya

4

Akhir sekali bakar pizza selama lebih kurang 25-30 minit pada suhu ketuhar 200 Degree