Back to Recipe Print

Recipe for "Biskut Lidah Kucing Pelangi"


Tips

1. Biskut yang lemau boleh dipanaskan semula selama 5-8 minit ke dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu dan akan kembali rangup.

2. Jangan bakar biskut sehingga perang kerana akan tenggelam warna pelangi tersebut.

Ingredients

Mentega 250 gram
Tepung Gandum 200 gram
Tepung Jagung 50 gram
Telur Putih 100 ml
Gula Kastor 150 gram
Serbuk Emplex 1/4 sudu kecil
Pewarna Makanan
Biru Secukupnya
Merah Secukupnya
Hijau Secukupnya
Oren Secukupnya
Ungu Secukupnya
Kuning Secukupnya

Instructions

1

Griskan loyang dengan sedikit butter.

2

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex. Ketepikan.

3

Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.

4

Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata.

5

Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak pewarna berlainan.

6

Masukkan ke dalam piping bag untuk setiap warna berlainan. Potong hujung muncung piping bag tersebut dan paipkan atas loyang lidah kucing.

7

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150C selama 15 minit. Jangan biarkan permukaan atas keperangan.

8

Biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!