Back to Recipe Print

Recipe for "Lontong Dan Kuah Lodeh"


Tips

1. Dicadangkan supaya menggunakan kunyit hidup sebagai bahan utama kerana rasa dan aroma kunyit hidup menambahkan lagi kesedapan kuah lodeh.

2. Tauhu dan tempe juga boleh digoreng separuh masak sebelum dimasukkan ke dalam kuah lodeh

Ingredients

Lengkuas, Dititik 2 inci
Serai, Dititik 2 batang
Udang 500 gram
Santan 2 kotak
Karot, Potong Panjang Karot, potong panjang
Kacang Panjang, Potong 7-8 batang
Tempe, Potong Kiub 1 bungkus
Tauhu, Potong Kiub 2 ketul
Suun 1 genggam
Fucuk, Rendam Lembut Dan Potong 1 Inci Panjang 3-4 keping
Kubis Cincang (Anggaran 1/4 Bahagian) Sedikit
Bahan Untuk Kisar
Bawang Besar 1 biji
Kunyit Hidup 2 inci
Halia 1 inci
Bawang Putih 3 ulas
Udang Kering, Rendam Bersama Air Seketika 3 sudu besar
Air 3-4 cawan
Bahan Untuk Dihidang Bersama
Nasi Impit, Rebus Secukupnya
Telur, Rebus Secukupnya

Instructions

1

Bersihkan udang, buang kepala dan kulit (jika suka).

2

Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga kekuningan dan naik bau dan kemudian masukkan lengkuas dan serai yang dititik.

3

Masukkan udang dan kacau seketika. Kemudian tuang santan dan masak hingga mendidih.

4

Masukkan sayur karot, kacang panjang, sengkuang sehingga lembut

5

Masukkan pula tempe, tauhu, suhun, fucuk dan kubis sehingga lembut

6

Teruskan mengacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul.

7

Tambahkan air yang secukupnya jika kuah terlalu pekat.

8

Hidangkan bersama nasi impit, dan telur rebus

9

Sudukan sambal ikan bilis atau sambal sotong rendam untuk melengkapkan hidangan.