Back to Recipe Print

Recipe for "Jeruk Mangga Muda"


Tips

1. Jeruk ni tiada bahan pengawet so ia hanya tahan 2 minggu sahaja dalam peti ais.

2. Buang air gula dahulu baru simpan supaya isi mangga tidak lembik

Ingredients

Mangga Muda 8-10 biji
Cuka Masakan 2 sudu besar
Kapur Makan 1 sudu besar
Garam Kasar 3-4 sudu besar
Air Secukupnya
Gula Pasir 1-2 cawan

Instructions

1

Kupas kulit mangga dan belah 4 atau 6 dan cuci bersih.

2

Rendamkan mangga tadi ke dalam bekas berisi air dan kapur masakan selama 15 minit. Kemudian toskan dan cuci.

3

Masukkan mangga tadi ke dalam bekas tambahkan air sehingga menutupi semua mangga dan tambahkan garam. Tutup bekas dan peram selama 2 hari.

4

Selepas rendam 2 hari....buang air garam tadi dan kemudian masukkan air suam kedalam bekas tersebut sehingga separas mangga dan biarkan selama 4 jam

5

Dalam masa yang sama anda boleh masak gula + air sehingga mendidih dan kemudian biarkan ia sejuk.

6

Apabila air gula sudah sejuk....masukkan 2 sudu makan cuka masakan.

7

Toskan mangga dan masukkan kedalam bekas kedap udara.

8

Tuang air gula dan cuka kedalam bekas mangga tadi.

9

Peram selama 1 hari kat luar dan kemudian masukkan kedalam peti ais dan biarkan selama 2 hari lagi sebelum boleh dimakan.