Back to Recipe Print

Recipe for "Sup Cendawan"


Tips

Sup cendawan enak dimakan bersama roti perancis/roti arab. Tapi time buat ni, roti tu tak ada. Saya guna sahaja roti gardenia biasa,

Ingredients

Cendawan Butang-Potong Dadu 1 tin
Susu Segar 500 ml
Air 300 ml
Kiub Pati Ayam 1 ketul
Mentega 1 sudu besar
Tepung Gandum 1 sudu besar
Daun Pasley Kering 1 sudu kecil
Serbuk Lada Hitam 1 sudu kecil

Instructions

1

Masukkan air dan susu segar dalam periuk hingga mendidih. Kemudian, masukkan kiub pati ayam. Kacau hingga sebati.

2

Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan cendawan butang. Kacau selama 10-15 minit/hingga mendidih.

3

Masukkan daun parsley, mentega dan garam Kacau hingga sebati.

4

Bancuh tepung gandum dan kacau hingga tidak berketul-ketul. Tapiskan bancuhan tepung.

5

Perlahan api, dan masukkan bancuhan tepung ke dalam periuk. Sambil kacau, sambil tuang tepung ke dalam periuk.

6

Renehkan sup semula hingga sup pekat. Jika tidak suka terlalu pekat, tambah sedikit air. Siap dihidang.