Back to Recipe Print

Recipe for "Makaroni Bakar"


Tips

Semasa merebus makaroni, campurkan sedikit minyak bagi mengelakkan makaroni melekat antara satu sama lain.

Ingredients

Makaroni 1 cawan
Daging / Ayam Cincang 200 gram
Bawang Merah 3 ulas
Bawang Putih 1 ulas
Lada Hitam 1 sudu kecil
Rempah Kari 1 1/2 sudu besar
Sos Cili 2 sudu besar
Air 1 cawan
Susu Cair 1/2 cawan
Garam & Gula Secukup rasa
Telur 5 biji
Lada Benggala 1 biji
Bawang Besar 1 labu

Instructions

1

Rebus makaroni sehingga masak dan toskan.

2

Tumis bawang merah, bawang putih dan lada hitam yang telah ditumbuk sehingga naik bau.

3

Masukkan daging/ayam cincang,rempah kari dan air. Kacau sehingga sebati.

4

Masukkan sos cili, garam dan gula serta susu cair. Kacau hingga sebati.

5

Masukkan makaroni ke dalam bekas. Kemudian masukkan adunan yang ditumis dan kacau sebati.

6

Masukkan telur yang dipukul ringan, lada benggala dan bawang besar yang dipotong dadu. Kacau sebati.

7

Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega.

8

Bakar selama 50minit atau sehingga masak. Suhu 200' mengikut oven masing-masing.