Back to Recipe Print

Recipe for "Tomyam Putih Udang"


Tips

Saya gantikan perahan limau nipis dengan lemon. Kurangkan cili padi sekiranya tidak mahu terlalu pedas.

Ingredients

Udang 100 gram
Bawang Kecil 3 ulas dihiris
Bawang Holland Dibelah 6
Bawang Putih 5 ulas diketuk
Halia 2 inci diketuk
Serai 3 batang diketuk
Lengkuas 1 inci dihiris
Cili Padi 10 biji dipatah dua
Lobak Merah 1/2 batang dihiris
Cendawan Tiram 2 genggam dicarik
Tomato 1 biji dibelah empat
Perahan Lemon 3/4 biji
Serbuk Perisa Sedikit
Garam Secukup rasa
Air 1 mangkuk besar
Daun Limau Purut 5 helai dicarik
Minyak Sedikit untuk menumis

Instructions

1

Tumiskan bawang kecil, bawang merah, serai dan cili padi sehingga naik bau.

2

Tuangkan air. Kemudian masukkan lengkuas, halia, limau purut dan lobak

3

Renehkan sebentar.

4

Masukkan pula bawang holland, cendawan,buah tomato dan udang.

5

Akhir sekali tambahkan serbuk perisa, perahan lemon dan garam secukup rasa.

6

Sedia dihidang semasa masih panas.