Back to Recipe Print

Recipe for "Kimchi"


Tips

Lebih elok memakai sarung tangan plastik ketika menggaul kimchi dan menggunakan bekas yang bersih bagi menjaga kebersihan.

Ingredients

Kobis Cina (Napa Cabbage) 1 kg
Garam 1 cawan
Air 8 cawan
Daun Bawang 1 pokok (7-8 tangkai)
Udang Kering (Kisar) 1/3 cawan
Kepingan Cili (Chili Flakes) 1 cawan
Sos Ikan 4 sdb
Bawang Putih Cincang 1/4 cawan
Halia (Sagat) 2 sdt

Instructions

1

Belah kobis cina kepada empat bahagian memanjang, potong lagi kecil-kecil dan basuh sehingga bersih.

2

Larutkan garam bersama air dan rendamkan kobis yang telah dibersihkan kedalam larutan garam selama lebih kurang 2 jam.

3

Sementara itu, satukan chili flakes bersama bahan lain kecuali daun bawang.
Daun bawang dipotong serong sepanjang lebih kurang 2 inci.

4

Selepas dua jam, bilas dan tos kobis yang telah direndam. Tuangkan campuran chili flakes tadi kedalam kobis. Gaul dengan tangan sehingga rata.

5

Masukkan kimchi kedalam bekas kedap udara dan simpan didalam peti sejuk. seperti jeruk, kimchi juga akan lebih sedap jika disimpan lebih lama.

6

Selamat mencuba.