Back to Recipe Print

Recipe for "Bubur Pulut Hitam"


Tips

1. Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3-4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.

2. Gunakan santan segar berbanding santan kotak

Ingredients

Pulut Hitam 1 1/2 cawan
Air, Untuk Merebus Pulut 6 cawan
Santan Pekat 2 cawan
Santan Cair 2 cawan
Daun Pandan, Carikkan Dan Simpul 2 helai
Gula Putih 3/4 cawan
Gula Melaka 1/2 ketul
Garam Secukup rasa
Tepung Jagung 1 sudu besar

Instructions

1

Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut

2

Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat

3

Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih

4

Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat.

1

Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih

2

Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.

3

Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.

4

Untuk menghidang bubur, cedokkan bubur ke dalam mangkuk dan tuangkan sedikit kuah santan ke atasnya.