Back to Recipe Print

Recipe for "Gulai Nenas Dengan Ikan Masin"


Tips

Tak perlu letak garam atau asam keping kerana ikan sudah masin dan nenas sudah masam

Ingredients

Cili Padi 10 biji
Bawang Merah 2 biji
Kunyit Hidup 1 inci
Serai - Diketuk 1 batang
Nenas - Potong Kecil 1/2 biji
Santan Secukupnya
Ikan Masin-Dipotong Secukupnya

Instructions

1

Kisar cili padi, bawang merah dan kunyit hidup. Tuangkan ke dalam periuk dan dimasak dengan ikan kering sebentar sehingga menggelegak

2

Masukkan santan, serai dan nenas ke dalamnya. Kacau rata rata sehingga kuah mendidih.

3

Boleh lah diangkat dan dihidangkan.