Back to Recipe Print

Recipe for "Popia Goreng Pedas Manis"


Tips

Boleh Gunakan madu. baik untuk kesihatan

Ingredients

Kulit Popia 1 bungkus
Tepung Gandum Beberapa sudu
Air Secukupnya
Bahan Perasa Secukupnya
Inti Popia
Isi Ayam 1 bungkus
Lobak Merah 1 batang
Sayur Kobis Secukupnya
Taugeh(Pilihan) Secukupnya
Bahan Perasa Secukupnya
Minyak Secukupnya
Sos Cili Pedas Manis
Cili Kisar 2s/b
Bawang Putih Ditumbuk Hancur 1 ulas
Cili Sos 2 s/b
Cuka 2 s/b
Gula Atau Madu 1 s/b : secukupnya
Minyak Masak 3 s/b
Bahan Perasa Secukupnya

Instructions

1

Bancuh tepung,bahan perasa dan air secukupnya. Dan ketepikan.ini digunakan untuk melekatkan hujung popia kita. Atau boleh gunakan telur.

Penyediaan inti popia

1

Cuci bersih sayur, isi ayam

2

Hiris halus memanjang sayur yang digunakan

3

Panaskan minyak. Tumis dan Masak bersama bahan isi popia kita iaitu isi ayam dan sayur. Perasakan dan boleh juga diletakkan lada sulah.

Cara membuat popia

1

Letakkan inti popia di atas kulit popia, gulung dan lekatkan dengan bancuhan tepung kita tadi.

2

Buat sampai habis dan gorengkan sebelum disalutkan cili

Cara membuat sos cili

1

Panaskan minyak.tumiskan cili dan bahan lain.masak hingga pekat dan naik minyak

2

Perasakan secukupnya ikut manis dan pedas yang kita sukai

3

Masukkan popia yang Kira dah goreng tadi .kacau rata.

4

Siap Dan sedia untuk dihidang.