Back to Recipe Print

Recipe for "Colek Malas"


Tips

1. Jika anak-anak adalah 'picky eater' boleh blend kangkung dan ikan bilis sebelum membuat bancuhan tepung

2. Anda boleh letak apa sahaja sayur yang disukai seperti tauge, daun kucai, saleri, daun bawang dan lain-lain.

Ingredients

Tepung Gandum 4 cawan
Soda Bikarbonat 1 sudu besar
Kangkung Setengah ikat
Ikan Bilis Segenggam
Udang 4-5 ekor
Air Secukupnya
Garam Secukup rasa
Cili Kisar 3 sudu
Asam Jawa 2-3 sudu
Gula Melaka Secukup rasa
Tepung Jagung 3 sudu

Instructions

1

Campurkan tepung gandum, kangkung yang telah dipotong, udang, ikan bilis dan garam dalam mangkuk.

2

Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi bancuhan yang pekat (seperti bancuhan untuk cekodok)

3

Biarkan seketika (30min -1 jam) sehingga bancuhan kembang

4

Goreng dalam minyak yang panas mengikut saiz yang dikehendaki sehingga garing.

5

Angkat dan toskan

6

Sejukkan dan potong sebelum dihidang.

7

Untuk sos pencicah, campurkan cili kisar, air asam jawa, gula melaka dan garam dalam periuk dan masak di atas api sederhana hingga mendidih.

8

Masukkan tepung jagung sehingga sos menjadi pekat.

9

Jika anda suka sos yang sedikit masam boleh ditambah dengan cuka.