Back to Recipe Print

Recipe for "Udang Goreng Nestum"


Tips

Udang tak perlu digoreng lama, kerana tekstur akan menjadi keras

Ingredients

Udang Saiz Sederhana 1/2 kg
Mentega 3 sudu besar
Cili Padi Hijau - Dihiris Nipis 2 biji
Daun Kari 1 tangkai
Telur Putih 2 biji
Pati Ayam Knorr - Dihancurkan 1 kiub
Nestum 100 gm
Garam Dan Gula Secukupnya
Serbuk Lada Sulah Sedikit
Minyak Untuk Menggoreng Secukupnya

Instructions

1

Udang yang telah dibersihkan dimasukkan garam serta sedikit serbuk lada sulah dan telur putih..gaulkan sehingga sebati.

2

Panaskan minyak dan goreng sehingga udang menjadi keemasan.Angkat dan ketepikan.

3

Panaskan minyak yang berlainan dan masukkan mentega.

4

Kemudian,masukkan cili padi,daun kari,kiub pati ayam,nestum serta bahan perasa

5

Gaulkan sehingga menjadi sebati.

6

Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan hingga sebati. Siap untuk dihidang.