Back to Recipe Print

Recipe for "Stew Ayam Sayuran"


Tips

- bole gunakan kaki ayam , kaki biri-biri jika suka

Ingredients

Bahan Tumis
Minyak Masak 1/4 cwn
Tepung 2 sdb
Bawang Putih Cincang Halus 2 ulas
Bawang Holand Cincang Halus 1/2 biji
Halia Hiris 1"
Air 4 - 5 cawan
Bahan Lauk
Ayam 1/2 ekor
Carrot 1/2 biji
Kentang 2 biji yang kecil
Bawang Besar 1 biji
Bahan Perasa
Kicap Pekat Sedikit
Sos Tiram 2 sdb
Gula Secukup rasa
Lada Hitam Tumbuk 1 sdb

Instructions

1

Ayam dipotong mengikut saiz yang dikehendaki . Boleh juga gunakan kepak atau bahagian dada ayam mengikut citarasa

2

Carrot , kentang dan bawang dipotong baji.

Cara memasak stew

1

Panaskan minyak didalam kuali atau periuk yang sesuai

2

Tumis halia,lada hitam, bawang holand dan bawang putih hingga naik bau

3

Masukkan tepung kedalam tumisan dan kacau hingga tepung sedikit garing dan wangi

4

Tuangkan air sedikit dan kacau supaya tepung goreng tadi tidak berketul.

5

Tuang air sikit demi sedikit hingga tepung larut sepenuhnya didalam sup. Air tidak perlu dimasukkan semua, boleh ditambah selepas masukkan ayam

6

Biarkan mendidih sekejap,masukkan ayam dan sayuran keras
Sayuran lembut dimasukkan di akhir masakan

7

Perlahan api dan reneh hingga ayam masak.

8

Tambah air jika perlu. Masukkan perisa secukupnya.
Kicap pekat cukup sekadar untuk memberi warna pada stew.

9

Kepekatan kuah mengikut citarasa

10

Tabur daun sup yang dipotong selepas api ditutup supaya daun sup tidak terlayu layu

11

Sedia dihidang , enak dimakan panas