Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Masak Lemak Belimbing Buluh"


Tips

Belimbing tak perlu masak terlalu lama kerana nanti akan lembik. Boleh masukkan ubi kentan jika suka

Ingredients

Ayam 6 ketul
Belimbing Buluh Dibelah 2 Setiap Satu 9 biji
Cili Padi Dibelah Tengah 3 biji
Serai Diketuk 2 batang
Lengkuas Diketuk 1 hiris
Santan Pekat Dari Sebiji Kelapa 1 mangkuk
Garam, Gula Secukup rasa
Daun Kunyit Dihiris 1 helai
Bahan Yang Dikisarkan
Cili Padi 5 biji
Bawang Merah 4 biji
Bawang Putih 3 ulas
Halia 1 cm
Kunyit Hidup 1 cm

Instructions

1

Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumiskan serai & lengkuas yang diketuk, masukkan pula bahan2 yang dikisar bersama. Kacau2kan

2

Apabila sudah agak garing nampaknya masukkan ayam, gaulkan kedalam bahan tumis tadi

3

Diikuti dengan santan, kacau2kan biar sebati. Kacau selalu supaya tak pecah minyak

4

Masukkan cili padi, daun kunyit dan belimbing buluh beserta gula dan garam secukup rasa

5

Biarkan mendidih sebentar, tutup api dan sedia untuk dihidangkan